ATURCARA

IJTIMAK PILIHANRAYA & MUNAJAT PERDANA 2012
(HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA)
  
PENDAHULUAN
 o   PRU-13 tidak dapat dielakkan akan diadakan dalam waktu terdekat;

o   Sebagai Pemain Utama (main player) politik Malaysia, PAS perlu dan telah dan mesti kelihatan telah sedia memikul tanggungjawab serta mandat  rakyat untuk mengemudi pemerintahan dan pentadbiran Negara dan negeri-negerinya bersama-sama Pakatan Rakyat (PR);

o   PAS bergerak atas kekuatan, istiqamah dan ketaatan Ahlinya serta pertolongan Allah s.w.t. melalui usaha, ikhtiar, doa dan munajat untuk melaksanakan amanah di atas dengan keadaan yang  tersusun rapi seumpama “sebuah bangunan yang terbina kukuh”;

o   Justeru Program di atas adalah amat penting untuk dijayakan demi menzahirkan komitmen dan kesediaan PAS dalam mengharungi proses pemerintahan yang dibuat melalui saluran sah, iaitu demokrasi dan pilihanraya yang seharusnya di adakan secara bersih, adil dan telus.



TUJUAN DAN OBJEKTIF

·     Mengumpulkan minima 100,000 Ahli PAS dalam satu majlis di atas;

·    Melaksanakan Majlis Solat Hajat, Doa, Munajat, Amanah, Bai’ah dan Derma Jihad untuk menjayakan perjuangan yang suci dan sah ini;


PENGANJUR PROGRAM

PAS Pusat dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.


PESERTA PROGRAM
(a) AMANAT KEPADA PIMPINAN (Program Tertutup):

(i)           Ahli Majlis Syura;
(ii)          Ahli Jawatankuasa PAS Pusat;
(iii)         Ahli Perhubungan PAS Negeri/WP;
(iv)        Ahli Jawatankuasa Dewan-Dewan Pusat;
(v)         Ahli Jawatankuasa Dewan-Dewan Negeri/WP;
(vi)        Ahli Parlimen / Ahli Dewan Negara / ADUN;
(vii)       Jemputan yang diputuskan oleh PAS Pusat.

(b) HIMPUNAN 100,000, MUNAJAT DAN AMANAT KEPADA AHLI         (Program Terbuka);

(i)           Semua Pimpinan PAS di semua peringkat;
(ii)          Semua Ahli PAS di semua peringkat;
(iii)         Jemputan yang diputuskan oleh PAS Pusat.

(c) PROGRAM EKSPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA
(Program Terbuka) 


PENUTUP
 v  Sesungguhnya dengan IzinNya tiada sesuatu pun yang mustahil;

v  “Seandainya kamu menolong (Agama) Allah, nescaya Dia (Allah) pasti akan membantu kamu”

v  “Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang berjuang di jalanNya dalam suatu Saf yang tersusun rapi bak sebuah bangunan yang terbina kukuh”

v  Tiada suatu harapan dan hasrat paling suci dari mendapat keredhaanNya di dunia ini dan di akhirat nanti.

v  Wallahu A’lam / Allahu Akbar!

     ATURCARA

MAJLIS 1 AMANAT KHAS PIMPINAN  (TERTUTUP)
Tempat           :           Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Simpang Empat, Alor Setar.

08.00 Pagi       :           Pendaftaran Peserta
09.00 Pagi       :           Ketibaan Pimpinan Ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat
09.15 Pagi       :           Perbarisan Unit Amal dan Tabik Hormat
09.30 Pagi       :           Majlis Amanat Pimpinan Bermula
                                    Pengerusi Tetap mempengerusikan Majlis
                                    Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS
                                    Bacaan Al-Quran dan Doa
10.00 Pagi       :           Ucapan Aluan Setiausaha Agung
10.15 Pagi       :           Ucapan YBhg Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS
                                    Ucapan YB. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
                                    Ucapan YBhg. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
                                    Ucapan YB. Dato’ Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
11.00 Pagi       :           Ucapan Amanat Presiden
12.30 Tghari    :           Majlis Tamat dan Makan Tengahari 

                                   
MAJLIS 2  XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA
Tempat           :           Stadium Darul Aman, Alor Setar.

04.30 Ptg         :           Kuliah Asar oleh: USTAZ AZHAR IDRUS
                                    Sketsa  : Belantan Pusaka Durjana


MAJLIS 3 MUNAJAT KE PUTRAJAYA
Tempat           :           Stadium Darul Aman, Alor Setar.

07.00 Mlm      :           Solat Maghrib Berjama’ah
                                    Solat Hajat & Munajat
Solat Isya’ Berjamaah

 MAJLIS 4  HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA
Tempat           :           Stadium Darul Aman, Alor Setar.

09.00 Mlm      :           Dipengerusikan Oleh :  YB. Dato’ Pengarah Program
                                    Ucapan Aluan YB. Dato’ Seri Diraja Pesuruhjaya PAS Kedah
Perisytiharan ‘Khas’
Ucapan Tokoh-tokoh Masyarakat yang menyertai PAS
Ucapan YBhg. Timbalan Presiden PAS
______________________________________________
                                    Perisytiharan Derma Jihad
Pembacaan Puisi Khas oleh Pak Samad Said
Ikrar / Bai’ah Perjuangan – Diketuai oleh Dato’ Setiausaha Agung
                                    ______________________________________________
                                    Ucapan & Amanat YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS
                                    Ucapan, Amanat & Doa YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia
Al-Mursyidul Am PAS